|
![]() Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AJK Bertindak Laman Web SIBU.fm kerana usaha murni membentuk laman web ini. Kemudahan ini akan memberi peluang pendedahan setapak lagi untuk mendekati pendengar setia SIBU.fm. Dalam era kemajuan teknologi elektronik ini, para DJ kita akan berkomunikasi secara terus dengan pendengar dan berupaya mendapat maklumat dan maklum balas yang terkini. Kita juga memberi ruang berinteraksi secara dua hala melalui sms dan komen-komen ke arah peningkatan mutu dan prestasi stesen ini. Stesen SIBU.fm memainkan peranan yang penting di Lembah Rejang dan Zon Tengah Sarawak yang merangkumi Bahagian Mukah, Sarikei, Kapit dan Sibu. Kegiatan ekonomi pembalakan dan pertanian (saradiri komersial) terdapat di zon ini. Pelabuhan dalam Tanjung Manis adalah laluan kelaur masuk kargo/talian perdagangan di sini. Pelbagai kaum etnik terdapat di zon ini; Iban, Melayu, Cina, Melanau, Kayan, Kenyah dll. Justeru itu kewujudan studio Sarikei dan Kapit di bawah pentadbiran RTM Sibu amat releven bagi kaum etnik yang mendominasi kawasan ini. Radio tempatan masih merupakan sumber maklumat dan hiburan bagi pendengar di akwasan ini. Saya yakin dengan terbentuknya laman web SIBU.fm, ia akan dapat menyumbang ke arah kebaikan stesen kawasan SIBU.fm, Kapit dan Sarikei sekaligus boleh berperanan menjana pemikiran masyarakat yang lebih matang dalam arena pembangunan negara. Syabas dan tahniah. Abang Sulaiman Bin Haji Abang Joh. Pengawal Penyiaran |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||